Oct 31, 2011

Ceramah Perkembangan Awal Remaja

Pada hari ini dalam sejarah,,saya selaku guru bimbingan telah menyampaikan input berkaitan keremajaan lelaki. Banyak informasi disampaikan kepada murid-murid lelaki tahun 6 berkaitan perubahan fizikal,mental dan emosi serta psikologikal. Inilah kali pertama saya menyampaikannya setelah penceramah jemputan tidak dapat hadir. Namun ia tidak menjadi masalah besar kerana adanya kemudahan internet yang memudahkan pencarian maklumat. Penyebaran maklumat tentangkeremajaan ini amat penting supaya mereka mamahmi perubahan-perubahan yang berlaku pada diri mereka. Kefahaman ini membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan supaya mereka dapat mengawal disiplin diri. Dalam alam remaja yang bergelora,mereka sepatutnya dibimbing supaya tidak terjebak dengan gejala yang negatif. Unit Kaunseling berharap penyaluran informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu remaja-remaja memilih gaya hidup yang sihat. Sekian

Mar 18, 2011

Program masa cuti.....





Fasilitator pelatih.....

program Seikhlas Budi..



SK Pedas ..Hebatttttt....


Artis profesional ..boleh menyanyi dan mengecat...hebat la tuan...

Cuba teka sape ni?


...juru ukur profesional yang diberi tender sedang bertugas


Pn.Ruzilla ....bengkel Sains



Pn.Nur Sarah dari SK Datuk Akhir Zaman

Baru-baru ini,empat program telah dijalankan sepanjang musim cuti persekolahan. Antaranya dua bengkel teknik menjawab soalan UPSR untuk mata pelalajaran Bahasa Inggeris dan Sains. Dua orang penceramah jemputan diundang untuk mengendalikan bengkel tersebut.Mereka ialah Pn.Nur Sarah Abdullah merupakan PK kokurikulum SK Datuk Akhir Zaman dan Pn.Ruzillah Md.Hashim guru Sains SK Tmn.Seri Rembau. Bengkel menjawab Bahasa Inggeris telah dijalankan pada hari Isnin (14/3/2011) selama 4 jam manakala bengkel untuk Sains diadakan pada hari Rabu (16/3/2011) selama 2 jam.Selepas bengkel Sains tamat, berlangsung pula Program Seikhlas Budi yang merupakan program motivasi untuk pelajar-pelajar tahun 6.Program ini diselaraskan oleh Pn.Noor Liah Abd.Latiff dan dikendalikan oleh 8 orang bekas pelajar cemerlang UPSR 2009 dan 2008 atas dasar menyahut cabaran dan membalas jasa sekolah. Mereka yang terlibat sebagai fasilitator ialah Farrah Syafiqah,Mohd.Fauzan Hakim,Suhaza Afifi, Nur Syakirah, Mohd.Fitri, Azraie, Siti Aishah dan Nur Syafiqah. Kesemua mereka merupakan pelajar di SM Sains Rembau kecuali Azraie dari SMK Agama Pedas.Syabas dan terima kasih kepada mereka.
Dalam masa yang juga program gotong royong meracun rumput dan mengecat garisan di laluan gajah menyusur juga dijalankan. Mereka yang terlibat dalam program ini ialah Hj.Mohammad Anuar Idris (Guru Besar),En.Baharom Alias (GPK 1), En.Abd.Manan Maulod(GPK HEM),En.Abd.Samad Abu Hassan(Penyelia Petang),En.Zapri Md.Amin,En.Mohd.Yusof Husin dan juga dibantu oleh Pn.Noraini Salleh. Sekian

Mar 17, 2011

Selamat Pengantin Baru ......Mek Da



Seluruh warga SK Pedas mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia kepada Pn.Rosnida Mohd.Nor di atas pernikahan beliau dengan pasangannya. Pernikahannya telah dilaksanakan dikampung halaman beliau di Pasir Putih,Kelantan pada 12/3/2010 bersamaan hari Sabtu.Kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan didoakan berbahagia hingga akhir hayat.

Mar 10, 2011

Tips ...ujian

Kalau ikutkan dah lambat ni nak bagi tips jawab soalan periksa. Tapi kata orang putih "better late than never" gitu le bunyinye. Jadi marilah kita sama-sama renung semula apa yang cuba disampaikan dalam bahan di bawah,,,,,




Selamat menjawab......boleh guna untuk ujian akan datang..

Mar 6, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Pedas

Khusyuk sungguh murid SK Pedas ini......
Begitu bersemangat Ustadz Zulfadli....
Murid-murid yang hadir...
Comel sungguh adik-adik kita ni...


Perasmian oleh En Baharom
Pengerusi majlis yang dihormati...


Pada 23 Februari yang lalu, SK Pedas telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Pedas. Majlis sambutan ini dimulakan pada jam 8 pagi sehingga 1 tengahari. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan busana muslim dan muslimah, pertandingan bercerita, pertandingan bersajak, persembahan kompang, tayangan video dan lain-lain. Pada hari yang sama juga, perasmian pertandingan keceriaan kelas dan juga kempen bijak matematik telah diadakan. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas dimana selalunya perarakan sekitar kawasan sekolah diadakan. Aktiviti tahun ini cuma diadakan di dataran perhimpunan sahaja. Penglibatan adalah semua guru dan juga semua murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Terima kasih atas semua kerjasama guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan sambutan ini. Semoga semua diberkati Allah S.W.T.

Mar 5, 2011

Sukan Tahunan SK Pedas Kali ke-30

hebat sungguh rasanya diriku ini.......
apa yang penting? kerjasama!
muka-muka ceria semasa hari sukan SK Pedas
cepatlah...apa tunggu lagi!
rantaian olahraga yang tidak putus....
merah hebat!merah gagah!
kami sedia menerima arahan tuan!
bersiap sedia tuan!
kamilah superhero rumah hijau......
rumah biru yang selamba selamanya.....

Pada 19 Februari yang lalu, SK Pedas telah mengadakan sukan tahunan kali ke 30. Acara sukan bermula pada jam 02:30 petang. Acara dimulakan dengan kawad kaki daripada semua kontinjen iaitu rumah hijau, merah, biru dan kuning. Ramai ibu bapa hadir bagi memeriahkan sukan tahunan ini dan manjadi pembakar semangat pada atlit-atlit SK Pedas. Terdapat pelbagai acara yang dijalankan dan yang menjadi kemuncak pada hari tersebut ialah acara ibubapa dan acara jemputan 4x200m lelaki dan perempuan. SK Pedas telah memenangi kedua-dua acara jemputan ini. Syabas SK Pedas! VIP yang hadir pada hari sukan ini ialah Guru Besar SK Pedas sendiri, Ketua Kampung dan Timbalan Pengarah PPD Rembau. Johan keseluruhan dimenangi oleh rumah hijau dan naib johan ialah rumah merah. Untuk kategori hiasan khemah terbaik dimenangi oleh rumah merah dan kawad kaki pula dimenangi oleh rumah hijau. olahragawan SK Pedas dimenangi oleh kontinjen rumah merah dan olahragawati dimenang oleh kontinjen rumah kuning.


Feb 22, 2011

Selamat bertemu kembali....



Salam 1 Malaysia buat semua warga ....bertemu kembali di alam...siber. Admin mohon maaf sebab dah lama tidak mengemaskini laman blog. Walaubagaimana pun mohon rakan-rakan yang diberi kebenaran mengakses laman ni sila sumbangkan artikel yang berguna. Esok Sambutan Maulidur akan dijalankan oleh Panitia Agama Islam.Sama-samalah kita menghayatinya.Paling penting tunjukkanlah kecintaan kita pada Rasul melalui perbuatan bukan dengan cakap-cakap saje.
SEDIKIT PERISTIWA PENTING PADA RABIULAWAL
Sumber: Utusan
Terdapat banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah tentang jatuh bangunnya tamadun Islam pada bulan Rabiulawal. Di antaranya:
  • Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sumber-sumber mengatakan bahawa baginda lahir pada 12 Rabiulawal, tahun Gajah bersamaan 12 April 571M.
  • Pelantikan Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul. Pada bulan rabiulawal inilah baginda telah diangkat menjadi Rasul ketika usia baginda 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Mekah al-Mukarramah.
  • Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yathrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaah 12 Rabiulawal lalu baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  • Peperangan banyak berlaku pada zaman Rasulullah SAW di antara tentera Islam dan tentera kufar. Di antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  • Wafatnya junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW ialah pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  • Abu Bakar ra dipilih menjadi khalifah pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah Saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah SAW yang diketuai oleh Saidina Ali ra.
  • Pembukaan Baitul Muqaddis. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583H.